Thursday, November 5, 2009

haa ini dah bahaya


klik sini dan sini.

Wednesday, November 4, 2009

little roomie



Tuesday, November 3, 2009

hikayat sang skater

this is a true story:

sang skater menunggu masa yang sesuai untuk kembali beraksi. kali ini, misi beliau adalah untuk menggegarkan extreme park shah alam. sang skater terpaksa redha dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan beliau untuk beraksi selama 2 minggu.

dan hari ini, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. sang skater tersedar dari mimpi yang mengerikan, iaitu bercinta-dengan-azima-budak-hyper-active, pada pukul 3 petang. beliau menyelak langsir kuning untuk melihat keadaan cuaca. nampaknya cahaya matahari amat memedihkan mata, memberi petanda yang petang itu tidak akan hujan. sang skater mula tersenyum.

beliau mengambil tuala merah jambu dan masuk ke kamar mandi untuk bersiram air panas. setelah bersiram, sang skater mengambil penyapu untuk mengemas bilik. di lipatnya cadar, selimut, tuala dan pakaian-pakaian lain. sang skater mula berangkat ke kedai dobi berdekatan. nampaknya kali ini beliau tidak bernasib baik, bil dobi mencecah rm14.80. tanpa melengahkan masa, sang skater pergi ke kolej sebentar untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau.

jam menunjukkan pukul 5 petang. sang skater bergegas pulang ke rumah untuk bersiap. memasukkan sehelai baju, kasut, skru driver, dan air sprite botol besar ke dalam beg. beliau menerima pesanan ringkas dari arn yang mengatakan dia tidak skate pada petang itu. tapi itu tidak menghalang semangat sang skater untuk beraksi. azam beliau kali ini amatlah kuat.

kemudian sang skater menyarung helmet KHI yang di rembat oleh kawan beliau. turun ke bawah dan menghidupkan enjin motor skuter usang suzuki v100 kesayangan beliau. dengan cover lampu isyarat yang hampir tertanggal dan alas tempat duduk yang berlubang2, sang skater memulakan perjalanan ke shah alam melalui lebuhraya NKVE yang mengambil masa 30 minit memandang skuter usang beliau hanya mampu memecut selaju 80km/j.

sang skater menempuh lebuhraya yang berliku-liku dan hampir melanggar bontot lori balak yang berhenti di tepi jalan. dengan memakai tshirt antidot yang telah dipotong lengannya, dilapik dengan sweater giordano, serta kasut asics rare yang dibeli di bundle stulang, beliau tekad untuk meneruskan perjalanan walaupun beliau tak konfiden yang motor tu tak rosak semasa perjalanan.

tepat jam 5.30 petang beliau telah tiba di extreme park ss13 shah alam. sang skater mula tersenyum lebar. beliau menempatkan motor di tempat yang sesuai, dibukanya helmet tapi beliau masih duduk diatas motor sambil memerhatikan gelagat skater2 lain. nampaknya petang itu ramai yang datang beraksi, termasuk seorang skater perempuan yang agak lawa.

ok sang skater sudah bersedia untuk beraksi! beliau menanggalkan sweater beliau perlahan2 agar nampak seperti model majalah mangga yang berposing di tepi kolam renang. sang skater membuka seat skuter itu untuk mengambil barang yang dibawanya tadi. tiba-tiba sang skater berkata dalam hati "eh, macam ada benda yang kurang?" kemudian dia sedar apa yang tidak dibawanya. beliau meronta-ronta di dalam hati yang telah terguris. rasa nak menangis tapi tak mampu, nak menjerit tapi malu. sehingga sekarang beliau masih tidak dapat menerima hakikat,

yang beliau tertinggal skateboardnya di rumah.

cerita tentang sang skater tergantung di situ. kerana beliau tidak mampu lagi menaip tentang cerita yang fuck-up-gile-babi beliau pada hari ini. tetapi beliau hanya mampu beritahu yang beliau habis basah lencun masa otw balik sebab hujan lebat.

memang babi.

Sunday, November 1, 2009

freedom of speech

aku sangat bencikan maknyah, lelaki gay, dan pengkid. maknyah dan pengkid, aku tak tahu macam mana korang boleh terfikir nak transform2 mcm tu. gay, aku tak tahu mcm mana korang boleh dapat passion dan feel dengan lelaki lain.

biasanya orang akan fikir lelaki jadi maknyah untuk cari duit. tapi bila korang dah tua mcm mana? takyah cerita soal agama, nanti lagi teruk jadinya. macam mana nak kahwin, macam mana nak menghadap parents. haihh

selalunya perempuan suka berpasangan dengan pengkid, sebab diorang kata pengkid faham perasaan perempuan, dan tahu apa yang diorang suka. jadi maknanya perempuan yang kapel dengan pengkid ni ambil jalan mudah untuk happy. kalau happy tu dapat dengan cara yang susah, kan lagi rasa dari senang2 je happy. korang boleh cakap semua lelaki sama, tapi lelaki tak keluarkan statement mcm tu dekat perempuan. sebab amoi aku kata perempuan suka cakap ikutkan perasaan.

the only common we have is that we are all different.

sama je gay dengan lesbian ni, aku tak faham macam mana datang passion dan feel tu. yela, kalau aku selalu berangan pasal amoi aku. then sengih sorang2 sambil guling atas katil. takkan lelaki gay bayangkan lelaki lain mcm aku bayangkan amoi aku, then sengih2 juga sambil guling2. fuuhh mcm mana la imaginasi diorang tu.

aku tak suka golongan2 diatas ni semua bersebab. nak tahu, sila rujuk entri2 lama aku.

apa bagusnya freedom of speech kalau kita tak boleh nak gunakan? ada pernah kawan aku cakap, diorang ada hak nak buat apa yang diorang nak. itu diri diorang. tapi macam mana pula dengan hak aku untuk perkatakan apa yang aku nak cakap? aku cukup marah bila orang tulis blog, then marah2 anonymous yang komen bukan2 dekat blog diorang. lepas tu korang cakap "ini blog aku, sukahati aku la nak cakap apa" korang kena ingat, pembaca pon ada hak nak komen apa2 pon diorang nak. kalau tak suka, kenapa tak tukar setting supaya anon tak boleh komen? komen terbahagi kepada respon yang baik, dan tidak baik. kalau nak komen yang baik2 je, tulis la entri yang baik2. kita semua ada pendapat yang berbeza2.

jadi, aku akan biarkan pembaca2 yang sedang membaca ni, untuk komen apa yang korang nak. itu lah fungsi freedom of speech. supaya kita semua mendapat hak bersuara yang sama rata. kalau nak up kan level korang, buat blog anda sendiri. nanti aku pulak komen jadi anon. chow.

Wednesday, September 30, 2009

fate fell short this time

sebelum mula belajar dekat segi, target aku untuk first sem: 3.5++

amoi aku cakap kalau aku dapat 3.5 dia kasi present. ejud cakap kalau aku dapat 3.5 dia belanje aku makan dekat victoria station.

ok ini dia result untuk sem lepas:

Photography : 3.30, B+
Typography Design : 4.00, A
Electronic Pre-Press : 3.00, B
Intro to Masscomm : 3.30, B+
Media Culture & Society : 3.70, A-

total GPA : 3.42, B+

waarghh, aku nak lagi 0.08! kenapa tak dapat? semua hadiah tak dpt. ahh benci benci.