dah 2 tahun 3 bulan aku duduk rumah ni. tak sangka pulak aku nak pindah dah. hari ni last aku stay sini. harap2 rumah baru lagi better, dan boleh dapat feel mcm kt rumah ni.
rumah ni aku da dapat feel "home". bila keluar merayap lama sikit je, aku dah mula rindu rumah. tak sabar nak balik, baring dekat tilam. kalau aku balik jb, time balik sini balik, bukak pintu bilik je mesti macam "haaaa" then senyum. susah nak explain perasaan ni.
pindah rumah ni satu benda yang stress, bukannya best.
2 tahun lepas sebelum aku masuk belajar segi, aku berpindah dari rumah yang aku membesar dari aku kecik ke satu rumah yang baru, iaitu rumah family aku skrg. rumah tu mmg aku tak dpt feel home langsung. dah la aku jarang gila balik jb. tiap2 kali balik sana, aku mesti susah nak tidur. sebab aku tak rasa mcm tu tempat aku.
sebab aku pindah, aku mulakan hidup baru. nak lepaskan memori2 lama. aku tak tahan duduk sini lagi sebab those good memories are killing me! if u know what i mean.
lepas ni life aku semua dekat kl je, bukan johor bahru lagi. aku dah bincang dengan family aku, aku nak hidup dekat sini. sebab peluang kerja dalam bidang aku lagi luas dekat kl ni, johor susah sikit.
ini satu step besar yang aku ambil, dan aku rasa sangat berat nak tinggalkan johor bahru. kawan2 aku kt sana, kebanyakannya aku kawan dari kecik lagi. aku tak sure if aku akan berjaya kt sini, harap2 mcm tu lah.
malam ni kena bersihkan rumah baru, kemas barang2 dekat rumah lama. esok pindahkan semua barang. boleh gila buat kerja semua sorang2. esok malam balik jb nak raya!
goodbye my home sweet home.



1 komentar:
good luck bro, cun giler kau decorate bilik kau...kau memang designer la..
Post a Comment