this is a true story:
sang skater menunggu masa yang sesuai untuk kembali beraksi. kali ini, misi beliau adalah untuk menggegarkan extreme park shah alam. sang skater terpaksa redha dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan beliau untuk beraksi selama 2 minggu.
dan hari ini, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. sang skater tersedar dari mimpi yang mengerikan, iaitu bercinta-dengan-azima-budak-hyper-active, pada pukul 3 petang. beliau menyelak langsir kuning untuk melihat keadaan cuaca. nampaknya cahaya matahari amat memedihkan mata, memberi petanda yang petang itu tidak akan hujan. sang skater mula tersenyum.
beliau mengambil tuala merah jambu dan masuk ke kamar mandi untuk bersiram air panas. setelah bersiram, sang skater mengambil penyapu untuk mengemas bilik. di lipatnya cadar, selimut, tuala dan pakaian-pakaian lain. sang skater mula berangkat ke kedai dobi berdekatan. nampaknya kali ini beliau tidak bernasib baik, bil dobi mencecah rm14.80. tanpa melengahkan masa, sang skater pergi ke kolej sebentar untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau.
jam menunjukkan pukul 5 petang. sang skater bergegas pulang ke rumah untuk bersiap. memasukkan sehelai baju, kasut, skru driver, dan air sprite botol besar ke dalam beg. beliau menerima pesanan ringkas dari arn yang mengatakan dia tidak skate pada petang itu. tapi itu tidak menghalang semangat sang skater untuk beraksi. azam beliau kali ini amatlah kuat.
kemudian sang skater menyarung helmet KHI yang di rembat oleh kawan beliau. turun ke bawah dan menghidupkan enjin motor skuter usang suzuki v100 kesayangan beliau. dengan cover lampu isyarat yang hampir tertanggal dan alas tempat duduk yang berlubang2, sang skater memulakan perjalanan ke shah alam melalui lebuhraya NKVE yang mengambil masa 30 minit memandang skuter usang beliau hanya mampu memecut selaju 80km/j.
sang skater menempuh lebuhraya yang berliku-liku dan hampir melanggar bontot lori balak yang berhenti di tepi jalan. dengan memakai tshirt antidot yang telah dipotong lengannya, dilapik dengan sweater giordano, serta kasut asics rare yang dibeli di bundle stulang, beliau tekad untuk meneruskan perjalanan walaupun beliau tak konfiden yang motor tu tak rosak semasa perjalanan.
tepat jam 5.30 petang beliau telah tiba di extreme park ss13 shah alam. sang skater mula tersenyum lebar. beliau menempatkan motor di tempat yang sesuai, dibukanya helmet tapi beliau masih duduk diatas motor sambil memerhatikan gelagat skater2 lain. nampaknya petang itu ramai yang datang beraksi, termasuk seorang skater perempuan yang agak lawa.
ok sang skater sudah bersedia untuk beraksi! beliau menanggalkan sweater beliau perlahan2 agar nampak seperti model majalah mangga yang berposing di tepi kolam renang. sang skater membuka seat skuter itu untuk mengambil barang yang dibawanya tadi. tiba-tiba sang skater berkata dalam hati "eh, macam ada benda yang kurang?" kemudian dia sedar apa yang tidak dibawanya. beliau meronta-ronta di dalam hati yang telah terguris. rasa nak menangis tapi tak mampu, nak menjerit tapi malu. sehingga sekarang beliau masih tidak dapat menerima hakikat,
yang beliau tertinggal skateboardnya di rumah.
cerita tentang sang skater tergantung di situ. kerana beliau tidak mampu lagi menaip tentang cerita yang fuck-up-gile-babi beliau pada hari ini. tetapi beliau hanya mampu beritahu yang beliau habis basah lencun masa otw balik sebab hujan lebat.
memang babi.
Kerja '09
2 days ago




14 komentar:
adowh!!
mcmane boleh tinggal deck kat umah..
heh..
simpati seyh ngan nasib sang skater...
sang skater = anda?
semangat skaters ni.
keep on skating :p
wakakakaka. padan muka. bongok!
hahaha mmg bebeng
cobaan :P
simpati...
plus,
TAHNIAH!
hahahahah
hahahahahaha. tu laaaa turun 13 shah alam tak roger akuuu.
kelakar je....
ouch..dat hurts
hahahaha. aku da agak da. sengal doe.
p/s ; nanti sambut birthday aku nak tak? :)
hahahaha. aku da agak da. sengal doe.
p/s ; nanti sambut birthday aku nak tak? :)
ahh nanti korg sume kena gak benda yg lebih kurg. lu rilex je.
adesss....mcm kenal je siapa sang skater tu..haha...ingatkan sangkut papan skate dekat ekzos...rupanyA x bwk..haha..
Post a Comment